Friday, 3 March 2017

Singgah Sebentar Di Sekolah Orang Rohingya

Tenghari itu Aku dan Dr. Farid ke sekolah orang Rohingya di Kampung Bagan Dalam. Dr. Farid yang bertugas di hospital Sg Patani merupakan tenaga muda MRA Kedah. Beliau cukup aktif dalam hal-hal kebajikan masyarakat pinggiran dan miskin.

Menurut Dr. Farid ada 200 keluarga Rohingya yang mendiami kampung. Mereka menyewa rumah dan dijadikan sekolah. Sekolah sekadar untuk anak-anak mereka belajar mengenal Tuhan, membaca Al-Quran dan memahami pelajaran akademik. Sekolah ini terhimpit diantara rumah yang bertuan dan pangsapuri tinggi agam.

Menurut Mamu, ketua orang Rohingya di sini, bangunan ini asalnya rumah. Dengan membayar sewa sebanyak RM250.00 ditukar menjadi sekolah. Setakat ini ada 50 orang anak-anak yang belajar di sini.Mereka diminta membayar yuran sebanyak RM20.00 sebulan. Malangnya mereka tidak mampu membayar. Seringgitpun mereka tidak mampu membayar.kata  Mamu. Kami tidak mempunyai data tentang pekerjaan orang Rohingya di sini. Inilah kali pertama kami datang sekadar membuat tinjauan sepintas lalu.






Mamu mengeluh,gaji guru belum dibayar lagi bulan ini.
Sebanyak RM1 200.00 diperlukan.Mamu sedang mencari jalan keluar.

Kelas terus berjalan pagi dan petang. Anak-anak sekolah tetap datang belajar pagi dan petang walaupun ibu bapa mereka belum menjelaskan yuran persekolahan. Mereka tidak tahu ini semua.

Biliknya sekolah ini penuh sesak. Kebersihannya tidak terurus. Ada tandas dan bilik air. Biliknya kotor dan berbau.Pun begitu anak-anak di sini terus belajar tanpa tahu erti kebersihan. Mereka tetap riang.






Oleh Shakir Md Taha

No comments:

Post a Comment