Saturday, 11 March 2017

Rezeki Kami Melambai Di Nasi Kandar Hussin Sungai Patani

Petang itu Aku ke Klinik Dr. Mansor Ahmad.  Beliau seorang pengamal perubatan homeopathi di Sungai Patan. Selepas itu aku menghungi Ustaz Kamaruddin Kassim seorang aktivis sosial yang cukup dikenali ramai.Selepas bersara beliau mewakafkan seluruh jiwa dan raganya membantu rakyat miskin dan yang ditimpa duka.

Petang itu Aku ajak dia makan petang dekat jam besar Pekan Sungai Patani.Sudah pukul lima petang tetapi banyak warung yang belum buka lagi. Kedai capati milik orang keturunan Pathan belum buka lagi. Kami terpaksa beralih tempat. Ustaz Kamaruddin cukup tahu di mana kedai yang menghidangkan capati

Pusing-pusing, dia berhenti dikedai Nasi Kandar Hussin.Kedai itu penuh sesak dengan manusia. Semua nak makan. Kedai ini bersih. Harganya cukup berpatutan. Aku suka makan capati dan martabak di sini.

Ketika makan sambil berbual, Ustaz Kamaruddin berkata, " Tula tokeh kedai ni." Dia mengangkat tangan ke arah kami. "Tengok satgi dia mai sembang dengan kita,"kata Ustaz Kamaruddin.

Rupa-rupanya dia cukup suka membuat kerja-kerja kebajikan. Setahu aku dia banyak membantu anak-anak yatim

Benar seperti kata Ustaz Din. Dia datang ke meja makan kami.Dia bercerita sedikit tentang dusun durian yang tidak berbuah. Tapi baru-baru ini sudah mula berbunga.Dia bercakap anak yatim, tentang MRA Kedah dan Dr,Saifullah pakar orthopaedik di Sungai Patani. Dia juga bercadang hendak menubuhkan badan kebajikan. Khabarnya semacam yayasan.

Aku kira berusianya masih muda. Peramah dan pemurah orangnya. Ketika aku mengambil kartu di atas meja untuk membuat pembayaran makanan dengan sopan santun dia meminta aku menyerahkan kartu itu kepadanya."Tak apa, nanti saya selesaikan." katanya. Oh! dia belanja kami makan. Kami tiga makan tadi. Tak berbayang langsung orang yang bernama Faruk Hassan Bin Mohd Hussin selaku pengurus kedai ini akan belanja kami makan

Aku mengucapkan ribuan terima kasih sudi belanja kami makan pada petang itu.Inilah kali pertama Aku berjumpa dengan seorang pengurus kedai makanan yang boleh duduk berbual dengan pelanggannya dan membayar makanan yang dihidangkan.Semoga Allahlah membalas segala kebaikan Anda.










Oleh MRA Penang.

No comments:

Post a Comment