Friday, 10 March 2017

Orang Gelandangan Di Pinggir Malam


Aku temui orang ini di pinggir jalan
Dalam dakapan malam pekat

Oh! anak muda
Aku minta sedikit pertolongan mu
Berikan sekeping roti
Aku sudah dua hari tidak makan

Sekeping roti dan sebungkus teh tarik
Aku tidak bertanya dia dari mana

Aku tahu dia orang miskin
Orang lapar.

Aku buka dompet
Ada keping wang merah yang tinggal.
Cukup.

Bapa ambillah ayam goreng seketul
Tidak anak muda
Ikan goreng dan nasi ini sudah lumayan buat aku

Dia membaca doa sebelum makan sambil berdoa untuk ku!
Dia menitiskan air mata ketika menyuapkan nasi
Anak dan isteri aku makan apa hari  ini
Dia makan.
Bakinya dibungkus bawa pulang
Aku menghulur baki wang kertas yang ada.
Dia terus menghilang dalam malam gelap pekat.
Dia terus hilang sampai sekarang!


Oleh Shakir Md Taha

No comments:

Post a Comment