Tuesday, 28 March 2017

Berkhatan Anak-anak Rohimgya Di Kampung Bagan Dalam

MRA Kedah dengan kerjasama  'Interactive  Dakwah Training'  (IDT) dan bantuan dari Yayasan Yarasert sokongan MRA Pulau Pinang berjaya menyunatkan 22 orang nank-anak Rohingya di Kampung Bagan Dalam baru-baru.

MRA Kedah dengan barisan doktor mudanya dengan tekun sabar menjalankan tugasnya  walaupun dalam keadaan seadanya.

Majlis ini diadakan disekolah yang dahulunya rumah yang disewakan dengaan bayaraaaan rm250.00 sebulan.. Sekolah ini tidak ada penghawa dingin. Hanya kipas yang mendamaikan keadaan di sini..

 Pihak MRA Kedah turun dengan bekalan dan kemudahan yang  dibawa. Petugas-petugas menjalankan  tugas tanpa sebarang rungutan ataupun keluh kesah.

Encik Lim Jooi Soon, Pengerusi IDT turut dalam majlis yang dirasmikan oleh Penyelaras MRA Pulau Pinang pada pagi itu.


 Oleh MRA Pulau Pinang.

Monday, 20 March 2017

SOUL FOUNDATION MEREDAH MALAM

Malam masih muda. Baru pukul 10.30 malam. Persekitaran Masjid Kapitan agak tenang. Di hadapan Masjid Kapitan Keling masih ramai yang berbaris untuk membeli nasi kandar. Penarik beca sudah keletihan setelah  berhempas pulas sekuat tenaga mengayuh beca untuk mendapat rezeki  hari ini. Penarik beca tidur malamnya di atas beca. Itulah rumahnya.Itulah istananya. Itulah mahligai. Penarik beca adalah warga gelandangan.


Eswardi dan rakan-rakan dari Soul Foundation menyantuni gelandangan di sekitar Masjid Kapitan Keling.KOMTAR dan di sekitar stesen Bas Kuning. Di sinilah istana hinggap mereka,

Ada gelandangan Melayu.
Ada gelandangan Cina
Ada gelandangan India.
Ada gelandangan yang luka.
Ada gelandangan yang duka.
Mereka adalah gelandangan yang tidak berharta.

Malam itu MRA Penang dan Kedah berganding bahu menghulurkan sebungkus nasi dan sebotol air buat menemani perut yang lapar.

Menurut Eswardi pengasas Soul Foundation, malam ini tidak ramai gelandangan yang muncul. Bagaimanapun 150 bungkus nasi dapat diedarkan.

Anak-anak muda dari Soul Foundation dan MRA melakukan kerja dengan penuh sungguh.
Tiada rungutan
Tiada wang saku
Yang ada hanyalah senyuman dan tawa  dibawa pulang bersama angin malam.

Kotak inilah hamparan permaidani gelandangan kota. Biarpun limpahan cahaya membanjiri wajah mereka, tidak menghalang untuk tidur nyenyak.
















Oleh Shakir Md Taha

Saturday, 18 March 2017

Gelandangan Kota Tidur Bermandikan Cahaya

Kami bertemu Ali( bukan nama sebenar) di stesen bas Komtar. Bila malam melabuhkan tirainya Ali pasti akan berada di sini bersama kotak lusuhnya. Bila mentari pagi menyapu Ali terus bingkas dari tempat peraduannya.

Siangnya Ali mencari kotak dan tin aluminium untuk dijual.Beliau juga bekerja di tempat parkir. Beliau anak Pulau Pinang.

Tidur malamnya di kaki lima,Cahaya lampu neon tidak menganggu tidur, Beliau tidak ada isteri. Tidak ada anak. Tidak ada bantal untuk mengalas kepala.Pun begitu Ali mampu tidur lena beralaskan kotak-kotak yang dipungutnya di tempat pembuangan sampah.

Ali mudah diajak berbicara. Menurut Ali kawan-kawan yang senasib tidur di sini. Kadang-kadang tidur malamnya terganggu kerana dilawati orang yang berunifom. Ali tidak pernah marah dengan orang ini.Orang ini hanya menjalankan tugas.

Beginilah kehidupan salah seorang gelandangan kota.
Biasapun angin sejuk pagi mengusap batang tubuh mereka yang pastinya tidak menganggu   tidur malam mereka

Gelandangan kota tidak pernah tidurdi hotel besar
Geladangan kota tidsk pernah tidur di hotel mewah
Gelandangan kota tidak ada runah.
Gelandandan kota tidak berharta
Oh! hartanya cuma kotak-kotak lusuh
Gelandangan orang miskin
Orang lapar
Hidup yang penuh terlantar.


Oleh Shakir Taha

Saturday, 11 March 2017

Rezeki Kami Melambai Di Nasi Kandar Hussin Sungai Patani

Petang itu Aku ke Klinik Dr. Mansor Ahmad.  Beliau seorang pengamal perubatan homeopathi di Sungai Patan. Selepas itu aku menghungi Ustaz Kamaruddin Kassim seorang aktivis sosial yang cukup dikenali ramai.Selepas bersara beliau mewakafkan seluruh jiwa dan raganya membantu rakyat miskin dan yang ditimpa duka.

Petang itu Aku ajak dia makan petang dekat jam besar Pekan Sungai Patani.Sudah pukul lima petang tetapi banyak warung yang belum buka lagi. Kedai capati milik orang keturunan Pathan belum buka lagi. Kami terpaksa beralih tempat. Ustaz Kamaruddin cukup tahu di mana kedai yang menghidangkan capati

Pusing-pusing, dia berhenti dikedai Nasi Kandar Hussin.Kedai itu penuh sesak dengan manusia. Semua nak makan. Kedai ini bersih. Harganya cukup berpatutan. Aku suka makan capati dan martabak di sini.

Ketika makan sambil berbual, Ustaz Kamaruddin berkata, " Tula tokeh kedai ni." Dia mengangkat tangan ke arah kami. "Tengok satgi dia mai sembang dengan kita,"kata Ustaz Kamaruddin.

Rupa-rupanya dia cukup suka membuat kerja-kerja kebajikan. Setahu aku dia banyak membantu anak-anak yatim

Benar seperti kata Ustaz Din. Dia datang ke meja makan kami.Dia bercerita sedikit tentang dusun durian yang tidak berbuah. Tapi baru-baru ini sudah mula berbunga.Dia bercakap anak yatim, tentang MRA Kedah dan Dr,Saifullah pakar orthopaedik di Sungai Patani. Dia juga bercadang hendak menubuhkan badan kebajikan. Khabarnya semacam yayasan.

Aku kira berusianya masih muda. Peramah dan pemurah orangnya. Ketika aku mengambil kartu di atas meja untuk membuat pembayaran makanan dengan sopan santun dia meminta aku menyerahkan kartu itu kepadanya."Tak apa, nanti saya selesaikan." katanya. Oh! dia belanja kami makan. Kami tiga makan tadi. Tak berbayang langsung orang yang bernama Faruk Hassan Bin Mohd Hussin selaku pengurus kedai ini akan belanja kami makan

Aku mengucapkan ribuan terima kasih sudi belanja kami makan pada petang itu.Inilah kali pertama Aku berjumpa dengan seorang pengurus kedai makanan yang boleh duduk berbual dengan pelanggannya dan membayar makanan yang dihidangkan.Semoga Allahlah membalas segala kebaikan Anda.










Oleh MRA Penang.

Friday, 10 March 2017

Orang Gelandangan Di Pinggir Malam


Aku temui orang ini di pinggir jalan
Dalam dakapan malam pekat

Oh! anak muda
Aku minta sedikit pertolongan mu
Berikan sekeping roti
Aku sudah dua hari tidak makan

Sekeping roti dan sebungkus teh tarik
Aku tidak bertanya dia dari mana

Aku tahu dia orang miskin
Orang lapar.

Aku buka dompet
Ada keping wang merah yang tinggal.
Cukup.

Bapa ambillah ayam goreng seketul
Tidak anak muda
Ikan goreng dan nasi ini sudah lumayan buat aku

Dia membaca doa sebelum makan sambil berdoa untuk ku!
Dia menitiskan air mata ketika menyuapkan nasi
Anak dan isteri aku makan apa hari  ini
Dia makan.
Bakinya dibungkus bawa pulang
Aku menghulur baki wang kertas yang ada.
Dia terus menghilang dalam malam gelap pekat.
Dia terus hilang sampai sekarang!


Oleh Shakir Md Taha

Saturday, 4 March 2017

Program Bersunat Anak-Anak Rohingya


Program bersunat anak-nak Rohingya anjuran MRA Kedah,Yayasan Yara dan IDT akan di pada  18 Mac,2017 di Hope Learning Centre, Kampung Bagan dalam, Butterworth. MRA Penang turut serta membantu program. tersebut.

Menurut Dr.Farid seramai 25 orang akan disunatkan pada hari tersebut.



Oleh MRA Penang.


Kampung Bagan Dalam Dan Orang Rohingya

Kampung Bagan Dalam,Butterworth terletak kira-kira 1 km daripada Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth. Di sini terdapat 200 orang keluarga Rohingya yang menumpang berteduh di sini. Kumpulan awal datang ke Malaysia melalui Thailand. Mereka menggunakan jalan darat. Ramai yang singgah di Kelantan sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Mereka selesa tinggal di Butterworth dan Bukit Mertajam.

Mamu salah seorang pendatang awal Rohingya yang datang ke Pulau Pinang. Beliau datang ke Malaysia pada awal tahun 1986 melalui Kelantan. Di Kelantan dia menetap  buat setika. Tidak lama kemudian beliau menetap di Butterworth.



Mamu terdiri di luar sekolah. Mereka yang disewa dijadikan sekolah untuk mendidik anak-anak Rohingya.

Friday, 3 March 2017

Singgah Sebentar Di Sekolah Orang Rohingya

Tenghari itu Aku dan Dr. Farid ke sekolah orang Rohingya di Kampung Bagan Dalam. Dr. Farid yang bertugas di hospital Sg Patani merupakan tenaga muda MRA Kedah. Beliau cukup aktif dalam hal-hal kebajikan masyarakat pinggiran dan miskin.

Menurut Dr. Farid ada 200 keluarga Rohingya yang mendiami kampung. Mereka menyewa rumah dan dijadikan sekolah. Sekolah sekadar untuk anak-anak mereka belajar mengenal Tuhan, membaca Al-Quran dan memahami pelajaran akademik. Sekolah ini terhimpit diantara rumah yang bertuan dan pangsapuri tinggi agam.

Menurut Mamu, ketua orang Rohingya di sini, bangunan ini asalnya rumah. Dengan membayar sewa sebanyak RM250.00 ditukar menjadi sekolah. Setakat ini ada 50 orang anak-anak yang belajar di sini.Mereka diminta membayar yuran sebanyak RM20.00 sebulan. Malangnya mereka tidak mampu membayar. Seringgitpun mereka tidak mampu membayar.kata  Mamu. Kami tidak mempunyai data tentang pekerjaan orang Rohingya di sini. Inilah kali pertama kami datang sekadar membuat tinjauan sepintas lalu.






Mamu mengeluh,gaji guru belum dibayar lagi bulan ini.
Sebanyak RM1 200.00 diperlukan.Mamu sedang mencari jalan keluar.

Kelas terus berjalan pagi dan petang. Anak-anak sekolah tetap datang belajar pagi dan petang walaupun ibu bapa mereka belum menjelaskan yuran persekolahan. Mereka tidak tahu ini semua.

Biliknya sekolah ini penuh sesak. Kebersihannya tidak terurus. Ada tandas dan bilik air. Biliknya kotor dan berbau.Pun begitu anak-anak di sini terus belajar tanpa tahu erti kebersihan. Mereka tetap riang.






Oleh Shakir Md Taha