Wednesday, 2 November 2016

MRA Kedah Menghulur Simpati Kepada Penghuni Flat Paya Nahu Fasa 1

Keresahan dan duka derita penghuni Flat Paya Nahu sampai ke pengetahuan MRA Kedah. Dengan kemampuan yang ada dan penuh simpati MRA Kedah dengan 19 orang doktor dan 20 orang sukarelawan tanpa segan dan silu turun ke lapangan. Mereka melihat sendiri susah senang penghuni flat yang dipinggirkan.

Sebelum bertolak ke Flat Paya Nahu sukarelawan bersarapan dan mendengar taklimat di rumah MRA Kedah yang terletak tidak berada jauh daripada Flat itu.


Menurut Pengerusi MRA Kedah Dr. Saifullah Abdul Halim ada 4 program dalam satu pada hari itu.
1.Pemeriksaan Kesihatan
2.Demonstrasi membasuh tangan
3.Ceramah kesihatan
4.Lawatan kesihatan ke rumah.


Dr,Saifullah menjelaskan lagi, program ini mendapat sambutan yang baik dan memuaskan dripada penghuni flat yang terdiri daripada pelbagai bangsa.




Sewaktu melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah kami dibantu  oleh pemimpin kecil di flat itu yang bernama Encik Alang Kasturi. Beliau meninta kerjasama penghuni di sini agar tidak membakar mercu sewaktu para sukarelawan membuat pemeriksaan kepada pesakit.

 Program di Flat Payu Nahu selesai pada pukul 2.00 petang. Cuaca semakin mendung sewaktu kami meninggalkan Flat Payu Nahu.Para sukarelawan diraikan dengan makan tengahari di Restoran Hussein Sungai Patani. Ada sukarelawan yang terus pulang ke rumah.Langit semakin gelap sewaktu kami berbaris mengambil makanan.



Hujan turut menangis setelah selesai kami makan tengahari. Hujan turut bersedih dan bertanya-tanya.
Penghuni di Flat makan apa? Entah makan, entah tiada. Petang itu hujan menangis cukup lama sekali.


Oleh Shakir Taha.

shakirtaha@gmail.com

No comments:

Post a Comment