Wednesday, 2 November 2016

MRA Kedah Menghulur Simpati Kepada Penghuni Flat Paya Nahu Fasa 1

Keresahan dan duka derita penghuni Flat Paya Nahu sampai ke pengetahuan MRA Kedah. Dengan kemampuan yang ada dan penuh simpati MRA Kedah dengan 19 orang doktor dan 20 orang sukarelawan tanpa segan dan silu turun ke lapangan. Mereka melihat sendiri susah senang penghuni flat yang dipinggirkan.

Sebelum bertolak ke Flat Paya Nahu sukarelawan bersarapan dan mendengar taklimat di rumah MRA Kedah yang terletak tidak berada jauh daripada Flat itu.


Menurut Pengerusi MRA Kedah Dr. Saifullah Abdul Halim ada 4 program dalam satu pada hari itu.
1.Pemeriksaan Kesihatan
2.Demonstrasi membasuh tangan
3.Ceramah kesihatan
4.Lawatan kesihatan ke rumah.


Dr,Saifullah menjelaskan lagi, program ini mendapat sambutan yang baik dan memuaskan dripada penghuni flat yang terdiri daripada pelbagai bangsa.




Sewaktu melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah kami dibantu  oleh pemimpin kecil di flat itu yang bernama Encik Alang Kasturi. Beliau meninta kerjasama penghuni di sini agar tidak membakar mercu sewaktu para sukarelawan membuat pemeriksaan kepada pesakit.

 Program di Flat Payu Nahu selesai pada pukul 2.00 petang. Cuaca semakin mendung sewaktu kami meninggalkan Flat Payu Nahu.Para sukarelawan diraikan dengan makan tengahari di Restoran Hussein Sungai Patani. Ada sukarelawan yang terus pulang ke rumah.Langit semakin gelap sewaktu kami berbaris mengambil makanan.



Hujan turut menangis setelah selesai kami makan tengahari. Hujan turut bersedih dan bertanya-tanya.
Penghuni di Flat makan apa? Entah makan, entah tiada. Petang itu hujan menangis cukup lama sekali.


Oleh Shakir Taha.

shakirtaha@gmail.com

Saturday, 29 October 2016

BERSAMA INGIN DUKA PENGHUNI PAYA NAHU FASA 1

Penghuni Flat Paya Nahu Fasa 1 sudah sekian lama dipinggirkan  oleh pihak berkuasa. Kawasan di sekitar terbiar melarat. Longkang tersumbat. Air tersekat. Sampah menimbun. Rumput tumbuh segar tidak terurus.

Penghuni Flat Paya Nahu Fasa 1 belum ini tinggal dipinggir Sungai Patani. Mereka ada rumah sendiri.Bercucuk tanam dan berkebun sayur. Walaupum pendapatan tidak seberapa kehiudpan mereka dikampung tenang dan selesa.

Kehidupan mereka yang tenang mula berkocak apabila diarahkan berpindah ke rumah flat di Paya Nahu.Jentolak dengan rakus dan tanpa belasan membaham rumah kediaman dan tanaman mereka.Mereka tidak ada pilihan melainkan berpindah yang rumah flat tiga bilik seluas kangkang kera.

Penduduk Kampung Selut,Kampung Lebai Man, Kampung Raja.Kampung,Kampug Tebu,Kampung Pisang dan Kampung Pulau Hawai dengan berat meninggalkan kampung halaman mereka.

Menurut seorang pemimpin kecil di Flat Paya Nahu, Encik Alang Kasturi, tempat kediaman mereka masih kabur dari segi statusnya. Sewaktu diarahkan pindah mereka tidak diberi sebarang pampasan.Mereka diminta membayar RM90.00 sebulan kepada pihak berkuasa sebagai 'sewa' .Ramai yang tidak mampu membayar kerana tidak mempunyai pendapatan yang tetap ditambah pula dengan status tempat tinggal yang masih kabur.

                                                                   Encik Alang Kasturi.

Oleh Shakir Taha

Sunday, 23 October 2016

Tautan Ukhwah Dengan Anak-anak Keturunan Patani

Pertemuan 2 hari satu malam dengan anak Malaysia keturunan Patani sedikit sebanyak mendapat gambaran keadaan setelah menetap di Malaysia. Di samping itu kami sempat memperkenal MRA kepada anak muda ini.

Kebanyakan ibu-bapa mereka membuka kedai tomyam. Mereka masih mempunyai saudara-mara di Hujung Selatan( Thailand Selatan). Walaupun mereka dilahirkan di Malaysia masih ada yang belum mendapat kad pengenalan biru.Anak-anak keturunan Patani lebih cenderung untuk belajar sekolah pondok ataupun sekolah agama rakyat.

Menurut  Sdr. Benjamin yang mengendalikan program ini, tujuan utama ialah menanam rasa kesedaran terhadap agama dan memartabat bangsa Melayu Patani di Malaysia.


Oleh MRA Penang

Jasa Mu DiKenang Dalam Sejalin Kasih Sejambak Mesra

Malaysian Relief Agency (MRA) Kesah meraikan aktivis dari Kedah dan Pulau Pinang dalam majlis "Sejalin Kasih Sejambak Mesra di Restoran Al-Araby Mathaam,Bandar Laguna Merbuk Sungai Patani baru-baru ini.

Dalam majlis itu aktivis dihidangkan dengan masakan ala Arab. aktivis dari Kedah dihadiahkan sehelai 'vest' sebagai tanda penghargaan. Aktivis juga diberi pe;uang untuk menceritakan pengalaman mereka turun ke lapangan.

Pihak MRA Kedah turut mengundang MRA Plau dan wakil Unggas Pulau Pinang. Unggas Pulau Pinang diwakili oleh Ustaz Kamaruddin Kassim

Pengerusi MRA Pusat turut hadir dalam majlis itu.




Oleh Shakir Md Taha

Pesanan Sang Presiden MRA Pusat


Ramai yang mengambil mudah istilah yang digunakan ketika bercakap ataupun menulis. Antara istilah yang sering  disalah gunakan ialah 'kebetulan' dan 'mangsa'. Contohnya,kebetulan kedatangan pengetua baru, andapun bersara.Sebenarnya dalam falsafah Islam istilah kebetulan tidak boleh digunakan,tegasnya tidak ada istilah itu dalam kehidupan umat Islam.

Demikian juga istilah mangsa banjir. Banjir dihantar oleh Sang Pencipta kepada hambanya sebagai bentuk ujian. Ataupun lebih tepat disebut sebagai ditimpa musibag. Menurut Dato' Dr. Abdul Razak dengan ditimpa musibah manusia akan sedar dan kembali ke jalan Allah.

Tetapi dalam kontek yang lain istilah mangsa boleh digunakan. Contohnya mangsa peperangan. Kezaliman dalam peperangan dilakukan oleh manusia.  Tangan-tangan manusia yang melakukan kekejaman daan kezaliman.

Beliau juga menyebut tentang kesihatan mobiliti dikalangan rakyat Malaysia. Kadarnya telah meningkat dan cukup membimbangkan.  Bermula dengan kadar 10% telah meningkat kepada 29.7%. Macam-macam perkara yang tidak elok boleh berlaku.
                                                                   
                                                                                   

 Beliau juga menyentuh cara membantu orang susah iaitu dengan membantu memberikan keperluan mereka dahulu. Kemudian barulahkita 'memberi kail'  kepada mereka,jelas beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam majlis penghargaan kepada aktivis MRA Kedah, MRA Pulau Pinang dan Unggas Pulau Pinang di bandar Laguna Merbuk, Sungai Patani, Kedah

Oleh Shakir Md Taha